Niat (lagu Elyana)

"Niat" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Elyana, dikeluarkan pada 10 Ogos 2001 sebagai single sulungnya yang dimuatkan dalam album kompilasi Niat: Pilihan Bestari Patrick Khamis.[1][2] Lagu ini ialah hasil nukilan Patrick Khamis dan menjadi antara lagu paling hits sekaligus melancarkan kerjaya muzik Elyana dan mendapat beberapa pencalonan dalam pelbagai majlis anugerah muzik.[3][4] "Niat" menjadi kejayaan komersial, dan mencapai kedudukan pertama di carta Muzik FM, kedua di Carta Era dan keempat di carta Muzik Muzik. Versi baharu lagu ini telah diterbitkan dan diberi nafas baharu dengan tajuk "Niat 2008", dimuatkan dalam album keempat Elyana, Jadi Diriku (2007).

Berkaitan